HomeUtamaSabah terus beri sokongan usaha raikan warisan budaya, keunikan negeri

Sabah terus beri sokongan usaha raikan warisan budaya, keunikan negeri

Read Time:1 Minute, 16 Second

Tawau : Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh terhadap usaha bagi merayakan keindahan warisan budaya dan keunikan masyarakat Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, ia termasuklah mempromosikan pelancongan di negeri ini kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Saya dimaklumkan bahawa Pesta Lampu atau ‘Light Fest’ ini akan dijalankan selama lapan hari, sehingga 8 Februari ini. 

“Saya berharap agar para warga Tawau, anak-anak Tawau yang pulang ke tanah air sempena Tahun Baru Cina, agar dapat menikmati suasana sambutan Tahun Baru Cina yang meriah melalui program ini serta berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Lampu Antarabangsa Tawau di sini Khamis lalu.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Presiden Majlis PErbandaran Tawau Joseph Pang; Pengerusi Penganjur Thien Ee Hang dan Timbalan Pengerusi Penganjur Philip Yap.

Christina berkata, program itu mencerminkan keupyaan untuk semua pihak berkongsi keindahan budaya dan kreativiti bersama selain berharap program itu dapat mencapai kejayaan yang lebih besar pada tahun depan.

Pesta Lampu Antarabangsa Tawau 2024 adalah menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden dalam setiap aspek acara ini.

Cahaya yang berkilauan melambangkan keceriaan dan kepelbagaian yang menjadi kebanggaan rakyat Tawau.

Beliau berkata, dengan Pesta Lampu Antarabangsa Tawau itu dilihat akan dapat menjadikan bandar itu menjadi tumpuan pelancongan yang menarik dan terkenal serta mengundang para pelancong tempatan atau antarabangsa untuk menyaksikan tentang keunikan cahaya dan seni yang tidak akan dilupakan.

Terdahulu, program itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan ,Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular