HomeUtamaKerajaan negeri sokong penuh semua aktiviti kebudayaan di Sabah

Kerajaan negeri sokong penuh semua aktiviti kebudayaan di Sabah

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri akan terus menyokong dan menggalakkan pembangunan serta pertumbuhan semua aktiviti kebudayaan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan juga akan terus menggalakkan kumpulan etnik di Sabah untuk melindungi warisan budaya.

“Warisan budaya kumpulan etnik di Sabah perlu dilindungi dan sudah tentu ianya akan turut menggalakkan toleransi kaum dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Karnival Tahun Baharu Cina 2024 di Lintasan Deasoka di sini semalam.

Teks ucapan Hajiji dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Hajiji turut berharap semua yang menyambut Tahun Baru Cina akan menerima sifat-sifat naga mengikut zodiak Cina iaitu keberanian, kejayaan dan kemakmuran.

Pada masa sama, Hajiji turut mengulangi gesaan agar masyarakat Cina menjadi rakan kemajuan dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan negeri ini.

“Saya yakin dengan sokongan daripada rakyat, khususnya masyarakat Cina, ini akan melengkapkan usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau turut memuji penganjur bersama, Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FACS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kerana berjaya menganjurkan Karnival Tahun Baharu Cina 2024. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular