HomeIsu tempatanKJJ sokong usaha SESB jaga kebajikan anggota kerja

KJJ sokong usaha SESB jaga kebajikan anggota kerja

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sentiasa prihatin dengan kemudahan dan kebajikan anggota kerja khususnya keperluan perubatan kepada yang layak berdasarkan kepada peraturan sedia ada.

Yang Dipertua Kesatuan Jurutera-Jurutera (KJJ) SESB, Ir.Ts Sudalli Sabtuahim berkata, langkah yang diambil syarikat utiliti itu disambut baik dengan menambah baik tawaran yang diberikan hospital swasta dilantik sebagai panel perubatan SESB.

“KJJ menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan SESB dan amat berterima kasih kerana mengambil berat kebajikan anggota kerja,” katanya dalam kenyataan di sini.

SESB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan Setiausaha Syarikat Zunaidah Osman telah menandantangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama lima hospital swasta iaitu Hospital KPJ Kota Kinabalu, Hospital Gleanegals, Hospital Jesselton, Hospital Raflesia dan Pusat Perubatan Tawau.

Majlis menandatangani perjanjian telah berlangsung di Dewan Persidangan SESB, Wisma SESB di sini.

Sudalli berkata, tidak ada penarikan balik kebajikan dan kemudahan yang telah sekian lama dinikmati oleh segenap lapisan anggota kerja SESB.

“Perubahan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan hanya melibatkan kemaskini tatacara bagi mengoptimakan kos operasi syarikat,” katanya.

KJJ dan pihak pengurusan SESB sentiasa seiring dalam memastikan kebajikan dan kemudahan anggota kerja sentiasa terjaga, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan SESB serta pembangunan negeri khususnya dalam memberikan bekalan tenaga yang berdayaharap untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. – SABAH MEDIA / FOTO SESB

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular