HomeUtamaPSKS diminta perhebatkan program kesedaran kanser

PSKS diminta perhebatkan program kesedaran kanser

Read Time:1 Minute, 21 Second

TUARAN: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) diminta terus membantu untuk memperhebatkan lagi program kesedaran berkaitan kanser agar lebih ramai yang peka dengan penyakit itu di negeri ini.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag, berkata kesedaran awal mengenai penyakit ini akan membantu pencegahan dapat diambil dengan segera.

“Kanser adalah penyebab kematian yang kedua terbesar di dunia. Oleh itu, pengesanan
awal dapat memberi peluang yang terbaik kepada pesakit untuk sembuh.

“Dengan pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara dan paru-paru, saya berharap persatuan akan terus memperhebatkan program seperti ini, bukan hanya di bandar
malah hingga ke luar bandar,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2024 di Astaka Padang Tuaran di sini pada Ahad.

Beliau berkata, usaha PSKS melaksanakan program ini sejak tahun 2017 pada setiap 4 Februari, amat dihargai dan sudah pasti telah banyak membantu memberi kesedaran mengenai penyakit kanser kepada rakyat di negeri ini.

“Seiring dengan tema sambutan Hari Kanser Sedunia tahun ini iaitu ‘Close The Care Gap’ atau rapatkan jurang penjagaan kanser”, yang jelas membawa mesej bahawa semua pesakit kanser harus mendapat kemudahan rawatan dan penjagaan yang saksama,” katanya.

Juliah juga memuji usaha persatuan ini yang bukan saja mengadakan program meningkatkan kesedaran tentang penyakit kanser, tetapi turut mengambil berat tentang kebajikan pesakit kanser.

“Ini termasuk menyediakan tempat tinggal kepada pesakit kanser di rumah penginapan PSKS di Kingfisher Likas, meminjamkan peralatan seperti mesin oksigen, kerusi roda,
hospital bed serta menyumbang susu khas kepada pesakit kanser yang memerlukan.

“Usaha seperti ini dapat membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan. Oleh itu, saya menyeru agar lebih ramai pihak termasuk orang perseorangan dan sektor swasta tampil untuk membantu usaha PSKS ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular