HomeEkonomiLaporan Kejadian Padi Hampa Bukti Kerajaan Perlu Lebih Serius Tangani Isu Pesawah...

Laporan Kejadian Padi Hampa Bukti Kerajaan Perlu Lebih Serius Tangani Isu Pesawah Padi

Read Time:3 Minute, 12 Second

Oleh Nahar Tajri

Kerugian yang didakwa sebagai kerugian terbesar di alami pesawah di Yan dan di Kuala Muda, Kedah disebabkan oleh padi hampa seperti dilaporkan akhbar arus perdana baru baru ini sekali lagi memberi petunjuk bahawa Kerajaan perlu mengambil langkah lebih serius untuk membaik pulih keseluruhan insdustri ini sebagai jaminan bekalan makanan untuk masa depan.

Kerajaan tidak boleh lagi hanya bergantung kepada gimik Smart SBB ala Sekinchan atau apa Sahaja program yang telah dilaksanakan sebelum ini kerana ternyata ia tidak mampu mengubah industri penanaman padi di Malaysia secara keseluruhannya .

Laporan akhbar arus Perdana pada 31 Januari lalu, bahawa kira-kira 20 pesawah yang mengusahakan lebih 30 hektar sawah di beberapa kampung di sini dan Semeling, Kuala Muda mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas padi yang sepatutnya dituai minggu ini menjadi hampa atau tidak berisi.

Berdasarkan laporan berita berkenaan ada yang menganggap ia kerugian paling besar sejak 50 tahun lalu.

Seorang Pesawah, Har Hai Hong, 65, dipetik berkata, dia menyedari padi di kira-kira 10 hektar sawahnya di Semeling, Kuala Muda dan Kampung Padang Makau di sini menjadi hampa pada awal bulan ini ketika berusia 80 hari.

Beliau yang mengusahakan kira-kira 20 hektar sawah mendapati kira-kira sembilan hektar sawah miliknya itu tidak menjadi menyebabkan beliau hairan bagaimana padi kali ini menjadi hampa sedangkan dia menggunakan benih, baja, racun yang sama seperti musim-musim lalu.

“Kulit padi menjadi warna kuning kehitaman dan ringan, sepatutnya sudah boleh tuai, tapi saya terpaksa tangguh dulu, lepas ini mahu tidak mahu saya tetap perlu keluarkan kos untuk upah jentera menuai walaupun tiada hasil.

“Saya anggarkan kerugian saya hampir RM60,000 musim ini, Tahun Baharu Cina tahun ini saya sambut secara sederhana saja sebab saya perlu fikir untuk bayar pelbagai kos termasuk kos sewa kepada pemilik sawah,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Makau, Yan Kedah.

Seorang lagi pesawah, Peng Poh Keat, 50, dilaporkan berkata dia tidak tahu apakah punca penyakit itu menyerang kira-kira enam hektar sawah yang diusahakan.

Katanya, keadaan itu agak misteri bagi mereka kerana tidak semua sawah di kawasan itu menghadapi keadaan itu.

“Saya perlu membayar RM1,150 bagi setiap relung atau 0.3 hektar sawah yang disewa kepada pemilik tanah. Sebelum ini setiap relung saya selalu dapat hasil lebih dua tan, sekarang nak dapat 200 kilogram pun payah,” katanya.

Nah! Apakah petunjuk daripada kejadian ini adakah ia satu fenomena biasa atau fenomena ini cuba memberitahu kita bahawa ada yang tidak kena kepada industri ini sepertimana lazimnya.

Kejadian ini walaupun nampak kecil dari kuantiti jika dilihat dari skop yang luas namun jika pihak pihak berkaitan mengambil inisiatif awal melalukan siasatan ia boleh jadi mendedahkan sesuatu dari “game” yang sedang disiasat kerajaan seperti mana diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Adakah wujud “game” juga dalam hal-hal pembekalan benih padi sah di Malaysia atau adakah benih padi sah di Malaysia sebenarnya kurang berkualiti.

Kita beri tumpuan kepada dua persoalan ini kerana berdasarkan laporan berkenaan mendakwa menggunakan benih, baja dan racun yang sama digunakan pada musim sebelumnya.

Tanpa prasangaka buruk terhadap keikhlasan kerajaan tetapi hakikatnya kerajaan sehingga kini belum menunjukkan satu siasatan yang serius kepada keseluruhan sistem yang membelenggu industri penanaman padi ini.

Daripada siri laporan yang dipaparkan di dada akhbar beberapa tahun ini menunjukkan bahawa ramai pihak yang sedar bahawa ada yang tidak kena pada industri ini namun tidak ada sebarang tindak balas yang benar serius daripada mana mana pihak berkaitan dalam agensi kerajaan telah dilaksanakan.

Kerajaan tidak boleh lagi bertindak hanya untuk nampak relevan dengan menggula gulakan rakyat dengan program-program gimik atau langkah populis penyelesaian sementara sedang hakikatnya masalah jangka panjang kekal tidak nampak jalan penyelesaian.

Apa yang berlaku baru baru ini yang dialami oleh pesawah di Yan ibarat api kecil yang mampu membunuh keseluruhan industri penanman padi.

Sewajarnya kerajaan semaksima mungkin mengembeleng institusi penyelidikan dalam negara demi masa depan industri penanaman padi.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya