HomeUtamaKabinet Sabah lulus dasar industri biojisim kelapa sawit

Kabinet Sabah lulus dasar industri biojisim kelapa sawit

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Kabinet negeri telah meluluskan Polisi Industri Biojisim Kelapa Sawit Negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Beliau berkata, kabinet turut memutuskan untuk menggenakan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas ekspot biojisim kelapa sawit keluar dari Sabah sehingga dasar ini dilaksanakan.

“Ini bertujuan mengawal ekspot biojisim kelapa sawit,” katanya.

Hajiji turut menambah Enakmen Biojisim (Biomass) Kelapa Sawit Negeri Sabah akan disediakan untuk mengawal selia industri biojisim kelapa sawit di Sabah.

Pelaksanaan dasar ini akan bermula dalam tempoh dua tahun dari tarikh ianya diluluskan (setelah POIC Sabah Biomass Collection Platform beroperasi sepenuhnya) dan akan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Hajiji turut memberitahu ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa Jemaah Menteri negeri telah mengambil maklum mengenai tindakan penambahbaikan pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular