HomeUtamaLelaki cuba sogok polis RM100 ditahan

Lelaki cuba sogok polis RM100 ditahan

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah kerana disyaki cuba menawarkan rasuah kepada anggota polis yang sedang bertugas.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi media mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan kira-kira jam 6 petang semalam setelah diserahkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Suspek itu dikatakan cuba menawarkan kira-kira RM100 kepada anggota PDRM itu sebagai balasan untuk tidak dikenakan sebarang tindakan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan semasa ditahan oleh anggota PDRM di pusat bandar Sandakan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan menawarkan rasuah kepada penjawat awam,” katanya.

S. Karunanithy turut memuji tindakan anggota PDRM yang telah menolak tawaran rasuah tersebut.

Justeru itu, beliau menyeru agar lebih ramai penjawat awam terutamanya daripada agensi-agensi penguat kuasa untuk tampil melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular