HomePolitikMasiung mahu pemimpin muda bangkit, tampil bela maruah parti

Masiung mahu pemimpin muda bangkit, tampil bela maruah parti

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: “Jangan jadi pengecut takut, seperti ‘tikus basah’ untuk menegakkan kebenaran,” tegas Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Takwim Tahunan dan Retreat anjuran Pergerakan Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Kuamut di salah sebuah Pusat Peranginan Bukit Kokol di sini, kelmarin.

Majlis turut dihadiri Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Negeri, Datuk Fairuz Rendan.

Masiung meluahkan rasa kecewa kepada pimpinan Pemuda dan Beliawanis parti itu yang memilih berdiam diri, tetapi tidak bangkit menangkis fitnah dan tomahan dilemparkan kepada presiden dan parti itu.

Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, rakyat di luar sana mungkin percaya tomahan pembangkang jika pemimpin Gagasan Rakyat sendiri tidak menangkis untuk menjelaskan perkara betul.

“Untuk apa anda mengaku sebagai pejuang muda tetapi ‘menikus’ bila ada orang mencerca presiden dan parti.

” Gagasan Rakyat adalah rumah kita, jangan biarkan pencacai bebas keluar masuk mengotorkan bilik dan ruang tamu kita.

“Jangan sesekali benarkan ada pemimpin ekstrem cuba menabur pasir dalam menu yang sudah kita adun, ” tegas beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

Masiung berkata, betapa terdesaknya pencacai pembangkang yang kemaruk mahu berkuasa sehingga menimbulkan isu yang kurang tepat.

Justeru, beliau mahukan pemimpin muda bangkit sebagai pahlawan dan tampil membela maruah parti dan Presiden Datuk Seri Hajiji Noor yang sering diperolokkan oleh pelampau politik di media sosial.

Katanya, Gagasan Rakyat juga mempunyi saluran media yang boleh menyuarakan hak dan kepentingan parti.

Pemimpin yang terkenal dengan slogan Tatap Kalaga itu berkata, tiga sayap utama Gagasan Rakyat iaitu Pemuda, Wanita dan Beliawanis merupakan gerak gempur parti yang perlu tampil menegakkan perjuangan.

Turut hadir Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Kuamut, Willy Frous Darinsok dan Ketua Beliawanis, Siti Khalidah Mahalil.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular