HomeUtamaMajlis graduasi pelajar perlu lihat keperluan, keupayaan ibu bapa

Majlis graduasi pelajar perlu lihat keperluan, keupayaan ibu bapa

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Pengurusan sekolah atau mana-mana pihak yang terlibat dalam menganjurkan majlis termasuk graduasi pelajar di hotel atau tempat mewah perlu melihat kepada keperluan atau keupayaan ibu bapa sebelum membuat keputusan mengenai lokasi majlis.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihak yang terlibat juga perlu melihat kepada kepentingan penganjuran yang akan dilaksanakan.

“Perkara ini perlu kita lihat sebaiknya dan apabila ianya membebankan ibu bapa, kita mahu pihak sekolah atau pihak jabatan yang berkenaan lebih mengutamakan perkara yang lebih penting dan utama.

“Kita boleh anjurkan dimana biasa anjurkan seperti di sekolah atau dewan masyarakat.  Saya harap perkara ini dapat dilihat dari segi kepentingan dan keperluan serta keupayaan ibu bapa itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Ceramah Perdana Sambutan Israk Mikraj di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini hari ini.

Arifin berkata demikian bagi mengulas mengenai trend penganjuran majlis graduasi di hotel lima bintang yang dilihat memberi bebanan kepada golongan ibu bapa.

Awal bulan ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menggesa supaya majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah bagi meraikan semua pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sebelum majlis tersebut diadakan ia perlu melalui perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing.

Sekiranya perbincangan tersebut mempunyai bantahan katanya, pihak sekolah perlu mengambil kira pandangan terbabit.

“Kita galakkan majlis yang sederhana tapi meriah dan penuh penghargaan kepada anak-anak kita. Yang penting majlis dilaksanakan dengan kesederhanaan untuk meraikan semua (pelajar).

“Jadi perbincangan dengan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) sangat penting, kena diselesaikan di sekolah, kalau ada bantahan kena diambil pandangan,”katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

UWSS Kasigui dijangka bantu tingkat pengeluaran bekalan air di Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular