HomeUtamaMahkamah Anak Negeri Daerah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kini mula beroperasi

Mahkamah Anak Negeri Daerah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kini mula beroperasi

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) telah mula dibuka dengan satu persidangan yang telah berlangsung di Mahkamah Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 7 Februari lalu.

Persidangan yang bermula seawal jam 9.00 pagi dengan barisan Hakim Mahkamah Anak Negeri Daerah diketuai oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah turut diiringi oleh dua orang hakim pengapit daripada Mahkamah Anak Negeri iaitu Ketua Daerah, OKK Edna Jessica Majimbun dan Ketua Anak Negeri, Roger Meylin Impou.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, persidangan yang berlangsung melibatkan perbicaraan kes pertikaian lot tanah kampung di Kampung Tenggiling, Menggatal.

“Sesi persidangan kes MAND seterusnya telah dijadualkan pada hujung bulan Februari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Junainah, setiap orang asal Sabah boleh memfailkan kes di mana-mana MAND untuk kes-kes yang melibatkan pelanggaran undang-undang atau adat negeri seperti perihal pertunangan, perkahwinan, perceraian, pengambilan anak angkat, penjagaan budak, belanja anak-anak, pertikaian sempadan tanah, hadiah atau perwarisan dengan wasiat dan tanpa wasiat.

“Mahkamah ini beroperasi dan berfungsi selaras dengan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992.

“Kes-kes yang dibicarakan pada
peringkat MAND adalah kes-kes semakan atau rayuan ke atas mana-mana keputusan penghakiman Mahkamah Anak Negeri (MAN) daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kes tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata, MAND tersebut berada di Tingkat 7, Bangunan Centre Point diletakkan di bawah kawal selia Jabatan Perundangan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Ianya beroperasi pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali pada cuti umum.

“Di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri (Pindaan) 2011, Seksyen 4
menerangkan mengenai penubuhan Mahkamah Anak Negeri Daerah antara lain menyatakan bahawa Mahkamah Anak Negeri Daerah hendaklah terdiri daripada Mayor suatu bandaraya sebagai ketua dan dua orang ahli lain yang adalah Ketua Daerah atau Ketua Anak Negeri yang bermastautin dalam daerah itu yang diberi kuasa dengan sempurna oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjalankan penghukuman di mahkamah itu.

“Untuk rekod, sebanyak tujuh kes akan dibicarakan sepanjang tahun 2024 yang mana kes-kes ini terdiri daripada pelbagai jenis kes termasuk kes yang dibicarakan pada pada 7 Februari, 2024 lalu.

“Sejak tahun 2012 sehingga kini
sebanyak 52 kes telah didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri Daerah,” tambah Junainah.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular