HomeSukanRozaimi ikat kontrak bersama Sabah FC

Rozaimi ikat kontrak bersama Sabah FC

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu: Bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC Rozaimi Abdul Rahman kembali mengikat kontrak bagi bermain bersama pasukan Sabah FC bagi musim 2024/2025.

Bagaimanapun, Pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid berkata, Sabah FC dan Rozaimi telah mencapai kata sepakat apabila beliau hanya akan bermain dan berlatih bersama-sama pasukan MFL U23 Sabah FC.

“Sabah FC memanggil semula Rozaimi kerana beliau berpengalaman luas dalam bola sepak dan merupakan ikon yang dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Kontrak di pejabat Sabah FC di Kota Kinabalu di sini.

Selain Rozaimi, Johnny Dominicus turut dilantik sebagai Ketua Jurulatih bersama-sama Vun Kit Ming @ Billyton dan Razlan Oto yang masing-masing dilantik sebagai Pembantu Jurulatih Sabah FC U23.

Bekas jurulatih penjaga gol U23 tahun lalu, Rozaimie Rohim turut menandatangani kontrak sebagai Jurulatih Penjaga Gol Sabah FC U23. Kesemua mereka ditawarkan kontrak untuk musim 2024/2025.

Skuad Sabah FC U23 merupakan skuad transisi bagi memilih komposisi pemain-pemain lokal seperti yang diingini majoriti penyokong-penyokong tempatan.

Joh mengalu-alukan perlantikan kesemua jurulatih dan Rozaimi selaras dengan misi kelab.

Hadir sama menyaksikan majlis itu, Pengurus Pasukan MFL U23, Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah, Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Muhd Arziz Afizy Rumsani dan Ketua Pegawai Operasi Sabah FC, Syazwan Imran. – SABAH MEDIA  / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular