HomeUtamaFestival kebudayaan Bajausama platform eratkan perpaduan kaum

Festival kebudayaan Bajausama platform eratkan perpaduan kaum

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 dapat menjadi platform dalam mengeratkan perpaduan pelbagai kaum di negeri ini.

Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajausama Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, festival itu dapat menjalin perpaduan di samping memperkenalkan budaya, adat dan tradisi Bajausama di Sabah.

“Festival ini adalah yang julung kali diadakan dan sambutannya lebih menyeluruh dalam mempromosikan adat dan kebudayaan rumpun Bajausama.

“Pelbagai aktiviti dan pengisian akan diadakan sepanjang empat hari festival berlangsung antaranya pertandingan Ratu Serimpak, pertandingan Soromas, pertandingan Betitik selain bengkel tarian dan alat muzik tradisi suku kaum Bajausama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan sesi temubual di konti Kupi-Kupi FM di sini kelmarin.

Abdul Kassim yang juga pengerusi pelaksana festival berkata, melalui festival ini, pihaknya berharap agar suku kaum lain dapat sedikit sebanyak mempelajari mengenai Bajausama sekaligus menjadi pemangkin dalam mencetus perpaduan di kalangan sesama etnik.

Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah akan diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg. Lok Batik Tuaran bermula 24 hingga 28 Februari depan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular