HomeSukanPiala AFC : Perjuangan Sabah FC terhenti

Piala AFC : Perjuangan Sabah FC terhenti

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Hasrat Sabah FC untuk melangkah ke peringkat akhir Zon Asean Piala AFC tidak kesampaian apabila tewas 0-3 pada peringkat separuh akhir kepada kelab dari Australia, Macarthur FC, Stadium Sukan Campbelltown sebentar tadi.

Kekalahan wakil tunggal Malaysia itu membolehkan skuad bimbingan Mile Sterjovski mengesahkan slot ke peringkat akhir Zon ASEAN sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan.

Sebaik perlawanan bermula, tuan rumah lebih mendominasi perlawanan namun mereka perlu menunggu sehingga minit ke-40 untuk membuka jaringan menerusi penyudah Ulises Davila.

Davila yang juga bekas pemain Chelsea menyambut hantaran Jed Drew dari sebelah sayap kanan Macarthur dan mengawalnya dengan baik sebelum melepaskan rembatan untuk merobek gawang kawalan Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang ‘berehat’ hampir dua bulan tanpa sebarang aksi kompetitif selepas Liga Malaysia berakhir Disember tahun lalu itu turut memberi sedikit faktor kepada Sabah untuk mempamerkan aksi terbaik.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menambah seksa Sabah apabila berjaua menambah gol kedua selepas hanya 25 saat selepas babak kedua bersambung.

Drew yang menjadi perancang gol pertama kali ini mencetak nama selaku penjaring gol kedua selepas dia berjaya melepasi kawalan Daniel Ting dan melepaskan rembatan untuk menewaskan Khairul Fahmi buat kali kedua.

Drew terus ‘mengganas’ apabila menambah derita Sabah FC dengan gol ketiga selepas pemain berusia 20 tahun itu menyempurnakan hantaran Bernardo Oliveira ketika saingan berbaki 10 minit.

Sabah FC menerusi hantaran di laman Facebook rasminya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan kepada pasukan.

“Perjuangan kami sampai di sini. Terima kasih semua yang sentiasa menyokong kami dan para penyokong yang hadir ke Campbelltown Sports Stadium,” menurut hantaran itu. – SABAH MEDIA / FOTO AFC CUP

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC catat keputusan seri di laman sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular