HomeUtamaDua maut, seorang parah, dua cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya di...

Dua maut, seorang parah, dua cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya di Sipitang

Read Time:1 Minute, 9 Second

SIPITANG: Dua maut manakala seorang parah dan dua mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Sabah Forest Industries (SFI) di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba Sipitang Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.59 petang tadi (14 Feb) mengenai kejadian tersebut.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang tiba di lokasi kejadian mendapati satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga lama hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan di Jalan SFI.

“Difahamkan kenderaan terbabit dari jalan utama menuju ke arah kampung di bahagian dalam.

“Terdapat lima orang mangsa terlibat, iaitu dua orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital dengan menggunakan Ambulans manakala tiga orang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Dua mangsa mengalami cedera ringan manakala seorang cedera parah.

“Bagaimanapun, dua orang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Seorang lagi mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital menaiki Jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Calvin, dua mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Khairul, 19, dan Norsiah, 14.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.20 petang setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular