HomeUtamaAgong perkenan tubuh RCI Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan

Agong perkenan tubuh RCI Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan

Read Time:1 Minute, 10 Second

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Ia selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi kenyataan memaklumkan, Sultan Ibrahim turut memperkenan lantikan tujuh Pesuruhjaya RCI yang dipengerusikan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Datuk Zainun Ali yang bertindak sebagai Timbalan Pengerusi.

Turut dilantik sebagai ahli ialah pengamal undang-undang, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu; mantan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin dan Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Pentadbiran, Profesor Datin Dr Faridah Jalil.

Selain itu ia turut disertai Pegawai Kewangan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia, Dickson Dollah sebagai ahli.

“Ketua Pengarah BHEUU, Zamri Misman juga diperkenan Sultan Ibrahim sebagai Setiausaha RCI,” kata bahagian itu pada Rabu selain menambah BHEUU akan bertindak sebagai urusetia RCI.

Mac tahun lalu, Sultan Ibrahim yang ketika itu Sultan Johor menzahirkan rasa murka dengan tindakan pentadbiran kerajaan terdahulu yang membuat keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh, tanpa merujuk kepada baginda sehingga kawasan itu kini menjadi milik Singapura.

Batu Puteh ialah sebuah batu tunggal kira-kira 7.7 batu nautika (14km), selatan Tanjung Penyusup, Johor dan 25 batu nautika (44km) timur Singapura.

RELATED ARTICLES
Utama

Tinjauan di MBCA, teroka khazanah alam tersembunyi – Ghulam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular