HomeUtamaWanita Putus Urat Tangan Dilibas Pedang Samurai

Wanita Putus Urat Tangan Dilibas Pedang Samurai

Read Time:1 Minute, 7 Second

BERNAMA

ALOR GAJAH – Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika wanita berusia 36 tahun itu sedang memandu kereta ke tempat kerjanya.

Beliau berkata kereta mangsa telah disekat sebuah kereta lalu dua lelaki bersenjatakan pedang samurai keluar daripada kereta itu menuju ke kereta mangsa.

“Suspek bertindak memecahkan cermin hadapan, tingkap kiri serta kanan kereta mangsa menggunakan pedang itu yang kemudian turut terkena tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainol mangsa kemudian mengundurkan keretanya dan terlanggar kereta di tepi jalan ketika berusaha melarikan diri ke Balai Polis Masjid Tanah.

Zainol berkata wanita terbabit mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah sebelum dihantar ke Hospital Melaka.

“Hasil siasatan awal, mangsa mengatakan bahawa dia tidak mengenali suspek serta tidak bergaduh dengan sesiapa kebelakangan ini.

“Siasatan juga mendapati kereta milik mangsa mengalami kerosakan di cermin pintu hadapan kiri dan kanan serta di cermin hadapan selain terdapat kesan langgar di bahagian belakang,” katanya.

Mangsa tidak kehilangan barangan berharga dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba rompak dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi terhadap peniaga Pakistan naikkan harga barang jualan – James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular