HomeEkonomiKilang klinker simen bersepadu mula dibina sebelum akhir tahun ini

Kilang klinker simen bersepadu mula dibina sebelum akhir tahun ini

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Sabah yang menerima pelaburan RM2 bilion untuk membangunkan kilang klinker dan simen bersepadu terbesar di negeri ini dijangka memulakan pembinaannya sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusan, Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd (BCS), Michael Kinsuan berkata, pihaknya kini hanya menunggu proses akhir kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS).

” Kami akan memulakan kerja-kerja fasa pertama sebaik sahaja mendapat ‘lampu hijau’ daripada JAS.

” Pada masa kini kita sedang menyediakan kerjasama semua jabatan terlibat sebagai prosedur akhir sebelum mendapat kelulusan daripada JAS, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya pembinaan jalan raya berturap sejauh 26 kilometer (km) akan dilaksanakan terlebih dahulu dari Kampung Matiku, Nabawan ke tapak kilang BCS.

Jelas Michael, bekalan elektrik (39km) dan bekalan air (3km) akan dibina serentak dengan menara telekomunikasi sejauh 60 km yang turut dinikmati penduduk sekitar.

Menurut Michael, kerajaan negeri telah mewartakan 700 ekar untuk tapak kilang dan kuari di Bukit Sinobang, Kampung Kawayoi 130 km dari Pekan Tongod.

Kawasan seluas 500 ekar diperuntukan untuk tapak kuari klinker, sementara 200 ekar lagi untuk tapak kilang, pembungkusan, pejabat operasi dan kurtes pekerja.

Jelasnya, seramai 1,000 tenaga kerja diperlukan di mana 20 peratus daripadanya adalah tenaga mahir, manakala selebihnya pekerja separuh mahir serta individu berkelayakan dalam bidang berkaitan.

Michael berkata, terdapat enam bahan utama yang diadun untuk dijadikan klinker sebelum diproses menjadi simen.

Semua bahan mineral itu katanya, ditemui di kawasan cadangan kuari antaranya ialah batu kapur, arang batu, tanah liat, batu pasir dan syal untuk membuat klinker.

Hanya satu bahan, gipsum, yang perlu diimport dari luar negara, tetapi hanya 5 peratus daripada campuran itu diperlukan untuk menghasilkan simen.

Tambah beliau lagi, operasi kilang ini akan dilengkapi dengan mesin automatik dan ia akan dikawal secara digital melalui komputer.

“Stone Roller Conveyor (penghantar rolling batu) akan digunakan sepanjang 3.0 km dari kuari ke kilang pemprosesan simen,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, Michael berkata, BCS juga turut membina klinik kesihatan di Kampung Kawayoi selain menaik taraf bangunan surau dan gereja di kawasan berdekatan.

“Cadangan projek itu dilaksanakan sebuah syarikat tempatan, Setia Alam Setia Sdn Bhd dengan kerjasama SEDCO melalui kontraktor turnkey yang berpangkalan di China,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPR dicadang pertimbang guna kaedah undi pos untuk rakyat Sabah di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular