HomeUtamaPembinaan rumah PPRT bantu beri keselesan kepada rakyat

Pembinaan rumah PPRT bantu beri keselesan kepada rakyat

Read Time:1 Minute, 20 Second

Beaufort : Usaha dan kerjasama pelbagai pihak khususnya agensi Kerajaan di Sabah dalam membantu melaksanakan pembinaan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mampu memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia terbukti apabila hampir 50 buah rumah dapat disiapkan setiap tahun khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

“Pada hari ini, kita telah menyerahkan lapan kunci rumah PPRT yang dibina dan dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GiatMARA di kawasan DUN Lumadan iaitu di Kampung Karangan.

“Ini adalah salah satu komitmen kita Bersama-sama dengan pengarah, pegawai pegawai Giat MARA , kerajaan Malaysia Madani dan kerajaan negeri Sabah (SMJ).

“Dengan adanya rumah baru ini, kita yakin mereka yang menerima rumah ini akan merasa gembira, dimana saya dimaklumkan oleh salah seorang penerima menanti 17 tahun untuk menerima rumah PPRT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT di Kampung Karangan di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, dengan adanya rumah itu sudah tentu akan dapat memberi keselesaan kehidupan kepada para penerima.

Katanya, ini juga merupakan salah satu matlamat Kerajaan Sabah dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

“Kita juga bersyukur pada hari ini dalam kerajaan GRS telah memperkenalkan rumah SMJ dan  bagi setiap kawasan DUN akan menerima 20 buah rumah SMJ.

“Ini dapat meringankan bebanan kita selaku wakil rakyat untuk mempercepatkan memberi keselesaan kepada rakyat.  Saya juga merakamkan penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) yang turut membina 10 buah rumah PPRT khususnya di kawasan Lumadan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular