HomeUtamaJabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah bakal ditubuh tahun ini

Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah bakal ditubuh tahun ini

Read Time:1 Minute, 18 Second

TUARAN: Kerajaan negeri komited dalam menjayakan cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah ini juga adalah satu transformasi yang memartabatkan undang-undang adat Anak Negeri sekali gus memberikan imej yang berprestij dan berkaliber kepada Ketua-ketua adat di mahkamah.

“Justeru, kerajaan negeri amat menitikberatkan kepentingan pemerkasaan Mahkamah Anak Negeri.

“Sebuah jawatankuasa khas melalui Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) juga telah ditubuhkan bagi penggubalan, pindaan dan penyemakan enakmen dan ordinan yang berkaitan.

“Hal ini adalah bagi menaiktaraf sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri yang setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah,” katanya di majlis perasmian penangguhan kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang di Dewan
Kebudayaan Pusat Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik di sini hari ini.

Seramai 258 Ketua-ketua Adat daripada tiga Ketua Daerah, 20 Ketua Anak Negeri, 40 Wakil Ketua Anak Negeri, 194 Ketua Kampung dan seorang Ketua Masyarakat Cina
mewakili empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Dalit, Sulaman, Tamparuli dan Kiulu menghadiri kursus ini.

“Ketua Adat boleh memainkan peranan strategik dalam membimbing, menyokong, dan mendorong bagi pemerkasaan masyarakat tempatan. Ini membolehkan masyarakat
secara keseluruhannya menyumbang kepada agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
(JHEANS) khususnya Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri Sabah (ILMAN) kerana berjaya menganjurkan kursus ini dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tuaran, yang merupakan satu langkah penting ke arah memastikan ketua-ketua adat dilengkapi dengan pengetahuan dan kefahaman untuk
menghadapi cabaran baharu.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular