HomeUtamaJPNS hasrat tambah baik infrastuktur pendidikan, mahu capai sifar sekolah daif

JPNS hasrat tambah baik infrastuktur pendidikan, mahu capai sifar sekolah daif

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhasrat untuk menambah baik penyelenggaraan infrastuktur pendidikan menerusi pelbagai gerak kerja bagi mencapai sifar sekolah daif skala tujuh pada tahun ini.

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, ia antara lain bertujuan bagi memberi keselesaan dan persekitaran yang lebih kondusif untuk pelajar menimba ilmu.

“Justeru, pada tahun ini, JPNS akan mensifarkan sekolah daif skala tujuh iaitu bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan syor roboh daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Di samping itu sekolah-sekolah yang berada pada skala satu hingga lima juga akan diberi perhatian serius,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 JPNS di Menara Kinabalu di sini semalam.

Raisin berkata, sekolah baharu, bangunan tambahan asrama, bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Perolehan Tapak juga akan diangkat ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12).

Dalam pada itu, Raisin berkata, JPNS juga akan menoktahkan Gred Purata Negeri (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepala lima dengan melaksanakan penjajaran sasaran KPI di peringkat PPD dan sekolah di awal sesi persekolahan tahun ini dan disusuli intervensi berfokus.

“Berdasarkan rekod pencapaian SPM kita dari dahulu sehingga tahun 2022 GPN kita masih berada di kepala 5 iaitu 5.22 yang merupakan pencapaian tertinggi setakat ini. 

“Justeru, kita bertekad untuk menoktahkan angka 5 yang menjadi mimpi ngeri kepada kita semua selama ini kepada kepala 4. 

“Iltizam ini sebenarnya sudah wujud apabila headcount SPM 2023 daripada sekolah-sekolah menujukkan GPN SPM 2023 ialah 4.86.  Walau bagaimapun, JPN telahpun lebih awal mensasarkan GPN SPM 2023 sebanyak 4.99. 

“Sekiranya dua angka ini menjadi kenyataan maka kita berjaya menoktahkan kepala 5 untuk SPM 2023,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular