HomeUtamaKerajaan Belum Buat Ketetapan Mengenai Beras Putih Malaysia MADANI

Kerajaan Belum Buat Ketetapan Mengenai Beras Putih Malaysia MADANI

Read Time:1 Minute, 10 Second

CYBERJAYA — Kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat, mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri semalam, yang memaklumkan cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), akan datang,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, pada 14 Feb.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam sidang media dilaporkan berkata tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia MADANI sebagai kategori tunggal.

Semalam, Anwar berkata, isu harga kawalan beras akan dimuktamadkan pada mesyuarat khas NACCOL yang dijangka berlangsung minggu depan.

Beliau yakin harga beras yang dikawal dapat dikurangkan selepas beberapa perincian dan cadangan akan diteliti dalam mesyuarat khas itu.

“Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka,” kata Perdana Menteri ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, Pulau Pinang, semalam.

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular