HomeUtamaCuti persekolahan dimanfaatkan untuk program berkhatan beramai-ramai

Cuti persekolahan dimanfaatkan untuk program berkhatan beramai-ramai

Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Golongan ibu bapa memanfaatkan musim cuti persekolahan untuk menyertai program berkhatan beramai-ramai untuk anak mereka khususnya di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada hari ini seramai lebih 150 orang kanak-kanak terdiri dari golongan mualaf, asnaf dan anak- anak kakitangan agensi terlibat menyertai Program Khatan Perdana bagi tahun 2024 di Masjid Negeri Sabah.

Program yang dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS); Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu telah dirasmikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Ibu bapa yang ditemui rata-rata menyokong dan mahu program seumpama itu terus dilaksanakan pada masa akan datang khususnya dalam membantu golongan memerlukan.

Bagi Alkonudey Tawil mengakui banyak memberi semangat kepada anaknya yang berusia enam tahun untuk turut sama menyertai program itu.

“Hari ini saya membawa anak berusia enam tahun, dan saya lebih banyak memberi semangat kepada dia agar lebih berani untuk mengikuti program berkhatan ini.

Alkonudey Tawil bersama anaknya berusia enam tahun

“Selain itu saya juga mahu mencabar anak saya untuk menjadi berani selain proses penyembuhan lebih cepat jika dikhatankan lebih awal diusia enam tahun,” katanya.

Seorang lagi ibu, Siti Rasam Mohammad berkata, penganjuran seumpama itu wajar diteruskan kerana masih ramai kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan memerlukan bantuan sedemikian.

Siti Rasam Mohammad bersama anaknya berusia 12 tahun

“Hari ini saya pertama kali membawa anak lelaki, secara peribadi saya tidak tahu prosedurnya bagaimana, namun atas bantuan petugas semua berjalan lancar.

“Anak saya pula pada mulanya agar takut namun sebagai ibu, saya perlu memberi dia lebih semangat agar semua berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Ruslan ketika ditemui berkata, program yang dilaksanakan sempena cuti sekolah itu merupakan salah satu sunah Rasullah S.A.W.

“Ini merupakan satu kewajipan untuk kita sebagai orang Islam untuk memberishkan fizikal dan rohani dan sudah tentu kita sebagai umat Islam mementingkan kebersihan.

“Sebagai ibu bapa kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mengenal pasti anak-anak yang berusia enam tahun lagi sudah dikhatan,” katanya.

Ruslan melakukan simbolik menyemburkan air pancutan kepada para peserta

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Khatan Perdana 2024 di Masjid Negeri di sini hari ini.

Ruslan berkata, program itu juga adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk turut serta dalam program seumpama ini.

“Melalui program ini, kita sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan yang tidak kurang RM150 seorang.

“Jadi maknanya melalui program seumpama ini mereka mempunyai peluang dan pihak kita telah menyediakan perkhidmatan seramai sembilan orang doctor yang kita biaya menerusi PBNS, JHEAINS dan MUIS,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular