HomeUtamaHarga kawalan beras dimuktamadkan 23 Februari ini

Harga kawalan beras dimuktamadkan 23 Februari ini

Read Time:2 Minute, 17 Second

Papar:  Harga kawalan beras akan dimuktamadkan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Jumaat depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selaku Urusetia NACCOL telah mendapat pengesahan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bahawa salah satu perkara yang akan diangkat untuk pertimbangan adalah berkaitan bekalan beras negara.

“Sejak berkuatkuasanya Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kuasa kawal selia padi dan beras termasuk berkaitan hala tuju bekalan dan harga adalah terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Oleh itu, sebarang perubahan yang melibatkan dasar dan program kerajaan yang terkait dengan industri padi dan beras adalah di bawah tanggungjawab Menteri KPKM sejajar dengan Perintah yang dikeluarkan di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang di Masjid Al Falah Kg Pengalat Kecil di sini hari ini.

Armizan berkata, kerangka struktur NACCOL mempunyai empat peringkat jawatankuasaiaitu Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Peringkat Eksekutif, Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster.

“Majlis Tindakan Sara Hidup induk dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri manakala, Jawatankuasa Eksekutif NACCOL dipengerusikan YAB Timbalan Perdana Menteri 1.

“Di bawah Jawatankuasa pemantauan pelaksanaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawahnya terdapat beberapa kluster yang dipengerusikan oleh kementerian-kementerian tertentu.

“Contohnya, kluster makanan dipengerusikan oleh KPKM, kluster pendapatan oleh kementerian ekonomi, kluster pengangkutan oleh kementerian pengangkutan dan kluster perumahan oleh KPKT dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, tadbir urus NACCOL adalah bermula dari kluster di mana kementerian-kementerian itu akan membawa sebarang cadangan dikaji di peringkat kluster dan dibawa ke eksekutif sebelum diangkat kepada NACCOL.

“Peranan jawatankuasa yang saya pengerusikan ini adalah untuk memantau sebarang keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat NACCOL,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan yang juga Ahli Parlimen berkata, seramai 260 kanak-kanak menyertai program tahunan anjuran bersama Pejabat Parlimen dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN kawang bersempena cuti sekolah. 

“Ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penggerak-penggerak masjid di Papar. Kita berharap program ini dapat beri manfaat kepada masyarakat khususnya golongan ibu bapa yang memerlukan dan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos penganjuran majlis untuk anak-anak mereka,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar dan Pegawai Daerah, Mohd Fuad Abdullah.

Pada majlis itu juga, Armizan turut menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi-pengerusi masjid di sekitar Papar antaranya, Masjid Puncak At Taqwa Kinarut, Masjid Nur Hikmah Kg Kuala, Masjid Nurul Iman Kg Kawang, Masjid Imam Haji Mohd Yaakub Misir Kg Beringgis dan Masjid Imam Pengiran Abdul Rauf Kg Pengalat Besar. – JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular