HomeUtamaPeranan BSMM Tuaran dihargai, banyak bantu masyarakat setempat

Peranan BSMM Tuaran dihargai, banyak bantu masyarakat setempat

Read Time:1 Minute, 35 Second

Tuaran: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) khususnya di daerah ini telah terbukti menjadi sebuah badan sukarela yang komited dan mencurah banyak bakti di daerah ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagaimanapun ia memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi oleh semua warga BSMM bagi menjadi satu badan sukarela yang dikenali.

Katanya, sikap berganding bahu tanpa mengira bangsa, agama mahupun pangkat jelas dilihat dalam diri sukarelawan BSMM di daerah ini.

“Sejujurnya, saya begitu menghargai peranan yang dimainkan oleh BSMM Tuaran dalam membantu masyarakat di daerah ini. Ia termasuklah ketika pandemik COVID-19.

“Pembabitan sukarelawan BSMM Tuaran memberikan perkhidmatan tanpa henti melalui aktiviti- aktiviti seperti pembuatan dan menjahit PPE, pengedaran bakul makanan, program menderma darah, program vaksinasi dan juga turut membantu Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran menghantar pesakit ke pusat kuarantin, amat dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Ambulans dan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 di bangunan BSMM daerah Tuaran di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Hajiji berkata, BSMM daerah ini turut terbabit membantu dalam setiap bencana seperti banjir.

“Syabas dan tahniah kepada semua sukarelawan kerana anda adalah salah satu contoh role model kepada masyarakat.

“Bulan BSMM Tuaran juga telah menunjukkan usaha selama bertahun-tahun dalam membantu masyarakat di daerah ini. Saya difahamkan perkhidmatan ambulans BSMM Daerah Tuaran ini bermula semenjak tahun 1994 lagi,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kerajaan negeri komited untuk membantu memperkasakan badan-badan sukarela dalam memberikan perkhidmatan atau sumbangan kepada masyarakat di negeri ini.

“Justeru, kerajaan negeri telah menyumbangkan sebuah kenderaan ambulans pacuan empat roda kepada BSMM Tuaran bagi memantapkan lagi perkhidmatan selain memenuhi keperluan perkhidmatan di kawasan-kawasan terpencil dan berbukit.

“Diharapkan, sumbangan ini akan memberi manfaat kepada BSMM Tuaran untuk terus memberi  khidmat terbaik kepada masyarakat yang memerlukannya. Saya juga menggalakkan lebih ramai anak muda di negeri ini terbabit dalam kerja sukarelawan dan kebajikan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular