HomeUtamaSurau pertama di Kg Lotong akan diusahakan untuk dibina

Surau pertama di Kg Lotong akan diusahakan untuk dibina

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kudat : Sebuah surau yang pertama di Kampung Lotong di sini akan diusahakan untuk dibina bagi memberi kemudahan kepada penduduk beragama Islam untuk melaksanakan aktiviti agama termasuk solat berjemaah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, satu kertas cadangan bagi pembinaan surau berkenaan akan dipanjangkan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk diberi keutamaan.

“Saya dimaklumkan bahawa beberapa buah kampung yang terdekat di sini tidak mempunyai surau dan sudah tentu bagi penduduk beragama Islam dilihat agak sukar untuk mereka melakukan aktiviti keagamaan.

Ruslan ketika melawat tapak cadangan surau yang diwakafkan

“Justeru itu, kita telah mendapat satu ekar tanah yang diwakafkan oleh penduduk kampung disini untuk mendirikan surau dan InsyaAllah saya akan meminta penolong pegawai daerah atau pegawai daerah Kudat dengan kerjasama JHEAINS Kudat untuk menyegerakan kertas cadangan.

“InsyaAllah saya akan berhubung dengan pengarah JHEAINS untuk memberi keutamaan kepada pembinaan surau di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada 44 mualaf dan asnag di Sekolah Kebangsaan (SK) Lotong di sini hari ini.

Ruslan berkata, keperluan untuk mendirikan surau di kampung berkenaan dilihat perlu berikutan jarak yang jauh dari pekan berhampiran mengambil masa lebih satu jam.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, bantuan bakul makanan itu disalurkan melalui Pusat Zakat Sabah (PZS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Hari ini seramai 44 orang asnaf yang dikenal pasti telah menerima sumbangan bakul makanan dan ini sebenarnya adalah hasil daripada pembayar zakat yang membayar zakat kepada MUIS menerusi pelbagai kategori zakat.

“Inilah yang kita akan kembalikan wang zakat kepada asnaf.  Ini adalah tanggungjawab kita sebagaimana yang telah diberi untuk mencari asnaf yang sepatutnya menerima zakat dari PZS,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular