HomeUtamaPenjaja ikan Tapak Pasar Malam Inanam disyaki guna pewarna terlarang

Penjaja ikan Tapak Pasar Malam Inanam disyaki guna pewarna terlarang

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terlarang di Tapak Pasar Inanam malam tadi.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sampel ikan tersebut di bawa ke makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenalpasti keberkesanan pewarna terbabit.

Katanya, laporan ujian ke atas sampel yang diambil akan dimaklumkan oleh pihak KKM kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) untuk tindakan lanjut.

“Operasi Bahagian Pengurusan Penjaja bersama KKM dan JKPB DBKK bermula 7.00 sehingga 9.30 malam di Tapak Pasar Malam Inanam mendapati terdapat seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terhadap ikan yang dijualnya.

“Kita masih menunggu laporan terperinci oleh makmal KKM kemungkinan besar akan diperoleh dalam tempoh terdekat, sekiranya terbukti tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga ikan terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Robert berkata, operasi seramai empat anggota membabitkan Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan DBKK diketuai Hassim Musa manakala JKPB DBKK bersama enam anggota Adrian Ijom mengesan peniaga yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

“KKM yang turut serta dalam operasi malam tadi dianggotai seramai tujuh pegawai diketuai oleh Bibi Rozita untuk mengesan peniaga yang degil berdasarkan laporan daripada orang ramai,” jelas Junainah.

Menurutnya, DBKK bersama KKM akan memperluaskan lagi operasi ini bagi memastikan peniaga ikan mematuhi arahan sekali gus bebas daripada menggunakan bahan pewarna yang terlarang bagi menjamin kesihatan pengguna.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular