HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa meriahkan Festival Kebudayaan Bajausama Ahad ini

Orang ramai dipelawa meriahkan Festival Kebudayaan Bajausama Ahad ini

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 yang diadakan selama empat hari bermula Ahad ini.

Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana Festival, Mohd Kamaludin Mohd Daud berkata, pelbagai aktiviti menjadi pengisian sempena festival berkenaan yang akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik, Tuaran.

“Antara acara utama adalah pertandingan Ratu Serimpak yang akan diadakan pada 25 Februari disusuli pertandingan Soromas pada 26 Februari. Manakala, pada 27 Februari pula, akan diadakan pusingan akhir pertandingan Betitik.

“Seterusnya, acara kemuncak pada 28 Februari iaitu Majlis Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temubual slot Kami Bah Ini! di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Sayyida Afiqa Sahib.

Mohd Kamaludin berkata, antara pengisian menarik sambutan adalah penganjuran bengkel tarian dan muzik yang menyasarkan pelajar sekolah untuk mempelajari dan mendalami seni budaya rumpun Bajausama.

“Oleh itu, saya menjemput orang ramai untuk hadir ke festival ini yang akan diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg. Lok Batik, Tuaran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Kamaludin yang juga Pengurus Besar Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah berharap agar festival berkenaan turut dapat mempromosikan pusat kebudayaan tersebut sebagai tempat membuat rujukan.

“Selain menjadi destinasi pelancongan, saya berharap pusat kebudayaan ini menjadi tempat untuk generasi muda menimba ilmu dan pengetahuan mengenai rumpun Bajausama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular