PBDT anjur kursus kejurulatihan akar umbi April ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

Tambunan : Persatuan Bola Sepak Daerah Tambunan (PBDT) akan menganjurkan kursus kejurulatihan akar umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama tiga hari bermula 19 April depan.

Timbalan Presiden PBDT yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal, Prem Beachile J. Kitingan berkata, kursus yang diadakan di daerah itu adalah terhad kepada 30 peserta dan memberi keutamaan kepada jurulatih di daerah berkenaan.

“PBDT akan memulakan perancangan pembangunan bolasepak di daerah Tambunan dengan kursus kejurulatihan akar umbi bersama FAM.

“Bermula pada tahun ini, peraturan baru Piala ADUN Tambunan akan mewajibkan seseorang jurulatih untuk mendapatkan sijil kejurulatihan agar dia layak menjadi seorang jurulatih dalam pasukan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Prem berkata, program itu adalah selaras dengan perancangan untuk pembangunan bolasepak di daerah Tambunan.

“Pembangunan bolasepak haruslah bermula dari akar umbi, kita mengambil iktibar daripada kejayaan Keningau FA dalam kejohanan Piala SAFA 2024 dan kita mencontohi pembangunan bolasepak di Keningau,” katanya.

Dalam pada itu, Prem turut berharap agar pembangunan bolasepak di daerah Tambunan dapat memperkasakan dan mencungkil bakat lebih ramai pemain-pemain, jurulatih dan pengadil.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Rafie Robert atas perlantikan sebagai pengurus pasukan baru Sabah FC. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *