HomeUtamaKod Etika Wartawan Malaysia angkat martabat media sebagai sumber berita diyakini rakyat

Kod Etika Wartawan Malaysia angkat martabat media sebagai sumber berita diyakini rakyat

Read Time:1 Minute, 22 Second

Putrajaya : Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini akan menjadi satu garis panduan untuk semua agensi media sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat yang diyakini rakyat.

Kod Etika Wartawan Malaysia yang merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi itu dilaksanakan menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan ianya mengambil lapan etika utama.

Pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia itu disempurnakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan etika itu merangkumi wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi dan pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi.

Selain itu, etika itu turut menyatakan kesahihan dan ketetapan maklumat; wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber; wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka; dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk    meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

Japen  dalam kenyataan berkata, kod etika ini turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.

KPM merupakan dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.

Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada tahun 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen sebelum ini.

“Seiring dengan evolusi industri media, kod etika tersebut dikemas kini dan menjadi panduan oleh semua pemegang KPM JaPen dalam melaksanakan tugas demi mendukung pembentukan masyarakat yang berinformasi,” menurut kenyataan itu.

Penyediaan Kod Etika Wartawan Malaysia ini turut melibatkan Fakulti Komunikasi, Universiti Sains Malaysia dan Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penerangan, Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular