HomeUtamaBouncer pusat hiburan di Tawau parah ditetak

Bouncer pusat hiburan di Tawau parah ditetak

Read Time:1 Minute, 3 Second

TAWAU: Seorang penjaga (bouncer) pusat hiburan parah di belakang kepala dan tangan kiri selepas ditetak ketika cuba meleraikan perselisihan faham antara dua kumpulan dalam kejadian di kawasan lorong bangunan Fajar Tawau pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis mengenai kejadian itu pada 18 Februari 2024 jam 5.42 petang.

“Pengadu seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang menyatakan pada hari yang sama jam lebih kurang 6.50 pagi, semasa pengadu berada di rumah, pengadu telah mendapat panggilan telefon daripada bapa saudara mangsa yang menyatakan bahawa mangsa sedang dirawat di Unit Kecemasan, Hospital Tawau.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa adalah seorang penjaga (bouncer) warganegara Indonesia berusia 56 Tahun dan bekerja di salah sebuah pusat hiburan di Tawau.

“Pada 18 Februari 2024 jam 2.45 pagi telah berlaku satu pertengkaran mulut antara dua kumpulan di kawasan lorong bangunan Fajar Tawau.

“Mangsa telah mengikuti kedua-dua pihak untuk meleraikan perselisihan faham tersebut dan secara tiba – tiba seorang lelaki (suspek) yang tidak dikenali telah menetak mangsa hingga mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala dan tangan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, usaha mengesan suspek terlibat giat dilaksanakan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua dasar di lancar bagi mendokong pengurusan biodiversiti secara mapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular