HomeUtamaWanita disamun, cedera di kepala dan badan

Wanita disamun, cedera di kepala dan badan

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera di kepala dan badan selepas dipukul dengan sebatang kayu oleh penjenayah dalam kejadian samun di lorong belakang sebuah bank di bandaraya Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris mengesahkan satu laporan polis telah diterima mengenai kes samun tersebut pada 17 Februari lalu.

Katanya, mangsa merupakan seorang wanita berumur 50 tahun yang bekerja di sebuah bank berdekatan.

“Dalam kejadian pada 16 Februari 2024, kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa telah diserang oleh seorang lelaki dengan menggunakan sebatang kayu.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan serta mengalami kerugian berjumlah kira-kira RM5,000 termasuk telefon pintar dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, Kalsom berkata, polis Kota Kinabalu berjaya menangkap suspek pada 18 Februari 2024 yang disyaki terlibat dalam kejadian ini dan akan disiasat di bawah seksyen 392 dan seksyen 397 kanun keseksaan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam dimana dipercayai memberi kesempatan kepada penjenayah untuk mengambil peluang di atas kelemahan
mangsa.

“Elakkan juga ke tempat atau kawasan yang sunyi secara berseorangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, rakaman video memaparkan insiden tersebut juga telah ditularkan di media sosial (whatsapp) pada hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Bawa bakul sendiri, tiada lagi beg plastik untuk pembeli di Kota...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular