HomeUtama5 lelaki ditahan Susulan Pemandu Maut Di Pukul

5 lelaki ditahan Susulan Pemandu Maut Di Pukul

Read Time:1 Minute, 8 Second

CYBERJAYA — Seorang pemandu maut dipercayai dipukul sekumpulan individu selepas terbabit kemalangan di sebuah kawasan perumahan di Kajang semalam.

Ketua Polis Kajang, Zaid Hassan berkata siasatan awal mendapati Proton Saga dipandu lelaki 42 tahun itu terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di Taman Pelangi Semenyih 2.

Menurutnya, saksi mendakwa ternampak mangsa ditarik keluar sekumpulan individu dan tangan diikat serta dipukul dalam kejadian 9.20 malam Selasa.

Katanya, petugas perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Apabila kenderaan peronda polis tiba di lokasi kejadian, semua individu yang berada di lokasi kejadian telah beredar,” katanya dalam kenyataan.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG

Beliau berkata pasukan forensik mengambil sampel darah, kesan cap jari dan dua utas gumpalan tali untuk siasatan lanjut.

Susulan itu, katanya lima lelaki berusia 25 hingga 52 tahun ditahan pada 2.05 pagi tadi di sekitar Semenyih serta Beranang.

Menurutnya semua lelaki itu direman lima hari hingga 25 Feb ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zaid berkata kejadian dipercayai berpunca daripada kemalangan pertama yang berlaku dekat lokasi kejadian.

“Mangsa melarikan diri dan dikejar orang awam, tetapi sehingga kini tiada pihak tampil membuat laporan mengenai kemalangan pertama. Kami masih menyiasat punca kejadian.”

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi pegawai penyiasat Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dan Ammar Tahir 018-2194013.

RELATED ARTICLES
Utama

Filem “Linundus Do Koubasanan” menyingkap mesej perpaduan di sebalik kemeriahan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular