HomeUtama47 bangunan milik KKM di Sabah masih belum membuat permohonan tanah

47 bangunan milik KKM di Sabah masih belum membuat permohonan tanah

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 47 bangunan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di negeri ini masih belum membuat permohonan tanah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, sehingga kini juga sebanyak 120 tapak tanah dilihat masih berstatus Permohonan Tanah (PT).

“Kita tidak tahu sampai bila tanah-tanah ini boleh diwartakan. Jadi kita mahu JKNS atau KKM melantik pegawai yang berkaliber dan faham mengenai urusan tanah.

“Saya juga simpati dengan pegawai di jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Sabah kerana mengurus semua tanah persekutuan di Sabah sedangkan bilangan pegawai tidak cukup, manakala pegawai di jabatan tertentu tidak tahu permohonan tanah sudah diproses atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perjumpaan dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Sabah Fazlina Abdul Rani di pejabatnya, di sini, semalam.

James yang juga Exco Kesihatan berkata, justeru pihaknya meminta JKNS atau KKM untuk mempercepatkan proses mewartakan tanah di Sabah kerana situasi ini amat membimbangkan.

“Kalau tiada ‘wake up call’ (teguran), sampai bilapun tidak selesai. Selaku EXCO Kesihatan, saya minta ini diambil tindakan segera,” katanya.

Beliau juga meminta kepada kerajaan persekutuan supaya menambah pegawai untuk mengurus tanah persekutuan di Sabah memandangkan jumlahnya yang banyak selain mengambil kira saiz negeri ini sebagai negeri kedua terbesar.

Dalam sidang medianya kelmarin, James mendakwa Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Sabah gagal mewartakan sebahagian besar tanah jabatan dan agensi persekutuan di negeri ini menyebabkan kebanyakan tapak bangunannya, termasuk klinik kesihatan tidak bergeran.

Katanya, masalah timbul apabila kemudahan terbabit mahu dinaik taraf atau dibina semula kerana ketika ini projek pembangunan hanya boleh dilaksanakan selepas ada geran tanah untuk tapak terbabit.

Beliau memberi contoh, Klinik Kesihatan Tangkarason di Beluran yang musnah terbakar pada 15 Februari lalu kini berdepan masalah tapak untuk pembinaan semula bangunan kerana tanah yang diduduki sejak lebih 30 tahun lalu belum mempunyai geran hak milik.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular