HomeUtamaPETRONAS realisasi 50 impian rakyat Malaysia

PETRONAS realisasi 50 impian rakyat Malaysia

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menyusun pelbagai program bagi memperingati majlis istimewa bersama rakyat Malaysia ulang tahun ke-50 PETRONAS pada tahun ini.

Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata, ia termasuklah melaksanakan program PETRONAS 50 dengan merealisasikan 50 impian sebenar rakyat Malaysia.

“Kami menggariskan pelbagai program untuk memperingati hari yang istimewa dengan rakyat Malaysia, satu daripadanya melalui PETRONAS 50 Dreams dengan menjadikan 50 impian rakyat Malaysia sebagai satu kenyataan.

“Pasukan kami akan mendokumentasi sebanyak 50 impian yang tidak dapat diluahkan oleh mereka yang kurang bernasib baik dan mengumpulkan mereka dalam satu web filem merentasi tujuh perayaan tahunan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan pengamal media Sabah dalam jamuan makan tengah hari sempena Tahun Bahari Cina di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar; Pengurus Besar Kanan Perhubungan Pihak Berkepentingan PETRONAS, Khairuddin Jaafar dan Pengurus Besar Komunikasi Digital PETRONAS, Siti Safarina Amrita Alias.

Siti Ayu berkata, bagi negeri ini, pihaiknya baru sahaja memenuhi impian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Ranau, Atiqah Lim yang menderita kanser ovari tahap empat.

Katanya, impian kanak-kanak itu telah direalisasikan dan menjadi realiti di dewan berkenaan pada awal bulan ini.

Sementara itu, Siti Ayu berkata PETRONAS mengiktiraf peranan  penting media dalam membantu menyampaikan mesej korporat syarikat berkenaan.

“Bagi pihak PETRONAS, saya ingin merakamkan penghargaan atas sokongan pengamal media dalam memberikan liputan kepada aktiviti kami, khususnya program impak sosial yang kami laksanakan.

“Kami berharap hubungan yang sedia terjalin ini akan terus kukuh,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular