HomeIsu tempatanDBKK gesa peniaga patuhi peraturan, elak dikenakan tindakan

DBKK gesa peniaga patuhi peraturan, elak dikenakan tindakan

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Orang awam khususnya para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan termasuk memohon lesen menjaja dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Junainah Abbie berkata, ia adalah bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan termasuk kompaun kerana menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen.

“DBKK melalui Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan operasi penjaja tanpa lesen di kawasan tempat letak kereta sekitar Kompleks Sukan Likas semalam bermula jam 9 malam sehingga 10.30 malam.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak dua kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (Penjaja) (Pindaan) 2008 Bandaraya Kota Kinabalu telah dikeluarkan kepada dua orang penjaja yang menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Junainah berkata, operasi itu adalah bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan membanteras penjaja haram di bandaraya Kota Kinabalu yang mana operasi kali ini tertumpu di kawasan tempat letak kereta sekitar Kompleks Sukan Likas, Jalan Kompleks Sukan.

“Pemantauan berterusan dari masa ke semasa akan dijalankan agar aktiviti menjaja tanpa lesen di kawasan tersebut tidak berulang,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular