HomeUtamaLelaki warga emas maut, kenderaan dihempap batu

Lelaki warga emas maut, kenderaan dihempap batu

Read Time:51 Second

TENOM: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap batu yang jatuh dari atas bukit dalam kejadian di Kuala Tomani, Mansaam di sini tengahari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, Bilik Kawalan Tenom terima panggilan kecemasan pada jam 12.27 tengahari tadi mengenai terdapat sebuah kereta jenis pacuan empat roda Ford Ranger dihempap batu yang jatuh dari atas bukit di lokasi berkenaan.

“Menurut pengadu terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Mohd Zainal, pasukan bomba dari BBP Tenom bergegas ke lokasi kejadian sejauh 45 kilometer (km) dan seterusnya menaiki kenderaan orang awam sejauh 10km melalui jalan tidak berturap (laluan lori balak).

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Ho Ka Cheong berumur 65 tahun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.22 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular