HomeUtamaLawat semua PBT seluruh Sabah dengar isu serta cabaran dihadapi - Dr...

Lawat semua PBT seluruh Sabah dengar isu serta cabaran dihadapi – Dr Joachim

Read Time:1 Minute, 46 Second

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam memulakan Program Lawatan Kembara ke 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah.

Siri pertama Lawatan Kembara beliau bersama Kementerian melibatkan Majlis Daerah Tenom, Majlis Daerah Nabawan, Majlis Keningau dan dan Majlis Daerah Tambunan yang diadakan selama dua hari.

“Saya bersama pihak Kementerian akan melawat secara rasmi ke semua 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah,” katanya dalam satu kenyataan semasa lawatannya ke Majlis Daerah Keningau, kelmarin (20 Feb).

Pada hari sebelumnya, beliau telah melawat Majlis Daerah Tenom dan Nabawan.

Berharap akan berkesempatan melawat ke semua PBT yang ada di Sabah pada tahun ini, Dr. Joachim berkata, tujuan utama Lawatan Kembara ini adalah untuk mengenali semua PBT di bawah Kementerian, mengetahui perancangan setiap PBT, dan mendengar mengenai kekangan, isu serta cabaran yang dihadapi oleh semua PBT.

Manakala di pihak Kementerian pula, secara khusus atau umumnya untuk membantu semua PBT mencari penyelesaian masalah dan meningkatkan kapasiti mereka (PBT) dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat di kawasan.

Sehubungan itu, Dr. Joachim berkata, secara lazimnya, apabila sesebuah daerah itu dinaik taraf, pihak kementerian akan mewujudkan Majlis Daerah (PBT) contohnya baru-baru ini dengan penaiktarafan status daerah Kecil Sook kepada daerah penuh.

“Pewujudan PBT ini adalah supaya perkhidmatan kepada masyarakat menjadi lebih mampan terutama dalam aspek kesihatan, kebersihan dan sebagainya.

“Sebelum dinaik taraf sebagai pejabat daerah, kriteria seperti ini sudah tersusun sedia,” ujarnya.

Selain daripada itu, selepas mendengar taklimat daripada Pegawai Eksekutif, banyak perancangan yang akan dilaksanakan antaranya menaik taraf daerah Keningau dengan mewujudkan Keningau Sentral memandangkan daerah ini terletak di antara daerah Tawau, Kota Kinabalu dengan negara Brunei dan Indonesia.

“Ini adalah sebagai persediaan termasuklah bagi semua daerah yang ada potensi dari segi peningkatan ekonomi dan pembaikan pekan,” tambah Dr Joachim.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik; Pembantu Menteri I Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais, Timbalan Setiausaha Tetap I Stanley Chong; Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jonnybone Kurum; serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian, Pegawai Daerah serta Pegawai Eksekutif.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular