HomeUtamaBangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason dijangka dibina tahun ini

Bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason dijangka dibina tahun ini

Read Time:1 Minute, 19 Second

Beluran : Bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason termasuk pembinaan kuarters kakitangan bernilai RM1.3 juta dijangka akan mula dibina pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju untuk tujuan berkenaan bagi menggantikan klinik yang musnah minggu lalu.

Datuk James Ratib

“Selaku Exco Kesihatan Sabah, saya dimaklumkan bahawa KKM telah bersetuju untuk membina bangunan klinik kesihatan yang baharu bagi menggantikan klinik yang telah musnah itu.

“Selain itu, saya juga difahamkan bahawa projek bagi menggantikan klinik yang terbakar ini akan menelan belanja lebih kurang RM1.3 juta termasuk pembinaan kuarters di tapak asal. Pelaksanaan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga sebab kita menunggu waran peruntukan dari KKM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebaik menerima waran, pihaknya akan mula melantik kontraktor secara lantikan terus iaitu bagi tujuan bencana.

Klinik Kesihatan Tangkarason musnah selepas insiden kebakaran yang berlaku pada tengah malam 15 Februari lalu, di mana api turut memusnahkan kuarters kakitangan dalam insiden itu.

Dalam pada itu, James berkata, KKM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi melengkapkan dewan serbaguna Tangkarason yang akan diubahsuai sebagai klinik kesihatan sementara di kawasan itu.

Katanya, peruntukan itu adalah untuk membaiki, mengubahsuai dewan serbaguna yang dipinjamkan untuk menjadi klinik sementara.

“Penggunaan dewan serbaguna itu adalah sebagai klinik yang bersifat sementara sahaja sehingga pembinaan klinik baru siap.

“Setakat ini, tanah klinik Tangkarason tidak ada masalah, sudahpun dipohon oleh KKM melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan sedikit masa lagi, pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah akan mengeluarkan surat setuju untuk duduk tapak untuk pembinaan klinik tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular