HomeUtamaJANS diminta ambil tindakan drastik tangani masalah bekalan air di Paitan -...

JANS diminta ambil tindakan drastik tangani masalah bekalan air di Paitan – James

Read Time:2 Minute, 3 Second

BELURAN: Permasalahan Kira-kira 10,000 penduduk di 15 buah kampung sekitar kawasan Daerah Kecil Paitan untuk mendapatkan bekalan air bersih, sudah dikenal pasti.

Antara masalah itu adalah disebabkan struktur Loji Rawatan Air Botition Nangoh yang telah usang dan tidak diselenggara dengan baik oleh kontraktor yang dilantik.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk James Ratib berkata beberapa punca isu telah diperolehi berkenaan masalah tersebut dan tindakan drastik perlu diambil oleh pihak yang terbabit.

“Kita mahu mencari punca mengapa bekalan air paip di sini seringkali terputus, di mana dalam tempoh satu bulan, tidak sampai 20 hari penduduk mendapat bekalan air bersih. Hari ini kita melawat di Loji Rawatan Air Botition Nangoh dan semua perkara-perkara yang timbul telah terjawab.

“Salah satu masalah di sini ialah kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) lambat menggantikan pam yang rosak, di mana terdapat empat pam air namun tiga daripadanya telah rosak dan yang berfungsi hanya tinggal satu pam sahaja.

“Justeru, saya mahu Jabatan Air di sini mengambil tindakan pantas dan proaktif dalam memastikan masalah bekalan air bersih di kalangan penduduk dapat diatasi dengan kadar segera,” tegasnya semasa membuat lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Botition Nangoh di Daerah Kecil Paitan hari ini.

Selain itu, James berkata, antara masalah lain yang dikenal pasti seperti hanya satu sahaja generator yang berfungsi dari dua set generator di loji berkenaan, struktur loji tersebut juga sudah terlalu usang dan apabila banjir sampah sarap akan tersumbat ke dalam muka sauk loji menyebabkan air kotor dan keruh.

“Berkenaan dengan dua set generator yang ada di sini namun yang berfungsi hanya satu sahaja, dan jika kedua-duanya rosak, bagaimanakah loji ini dapat berfungsi?

“Mengenai sampah sarap, saya minta kepada Jabatan Air supaya melantik satu kontraktor khas untuk membersihkan muka sauk dan juga pam-pam di sekeliling kawasan ini supaya kawasan ini bersih dan tiada lagi masalah seumpama itu timbul.

“Selain, loji di sini sudah hampir runtuh menyembah bumi, justeru Jabatan Air perlu kerap turun padang memantau semua situasi ini,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mencari satu mekanisma bagaimana kekeruhan air yang melebihi paras 1,500 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) boleh dirawat oleh Jabatan Air, di samping turun padang bagi meninjau loji-loji air di seluruh negeri.

Dalam hal berkaitan, James turut meminta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) supaya dapat membekalkan lampu-lampu di kawasan loji untuk memudahkan para pekerja loji menjalankan kerja-kerja mereka apabila berlaku banjir atau apa-apa kerosakan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular