HomeIsu tempatan160 murid sertai program kembali ke sekolah

160 murid sertai program kembali ke sekolah

Read Time:1 Minute, 14 Second

Putatan : Seramai 160 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Putatan dan SK Kampung Contoh di sini menyertai Program Kembali Ke Sekolah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program tersebut melibatkan dua aktiviti melibatkan agihan bantuan sekolah dan perkhidmatan gunting rambut.

“Aktiviti pertama ialah agihan bantuan sekolah daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) khususnya kepada murid-murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah.

“Satu lagi aktiviti yang dijalankan ialah perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada murid-murid dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kembali Ke Sekolah, Gunting Rambut dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Premis Makan/Restoran Daerah Putatan, di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, program itu diadakan untuk persiapan murid-murid menjelang pembukaan sesi persekolahan pada 11 Mac nanti.

“Saya berharap aktiviti-aktiviti ini dapat membantu meringankan kos persediaan kembali ke sekolah di kalangan keluarga berpendapatan rendah yang terdapat di daerah Putatan,” katanya

Pada majlis itu, Restoran Taufik diumumkan memenangi kategori premis terbuka manakala Restoran BTC mengungguli kategori restoran tertutup bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan yang mendapat 78 penyertaan secara keseluruhannya.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berharap dengan adanya pengiktirafan kepada para pengusaha premis makanan, hidangan akan sentiasa terjamin tahap kebersihan dan keselamatannya.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kanan, Mohamad Ikram Aidi, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, ASP Abdul Jain Asbah, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Maarof Abd Wahid dan Pegawai Latihan Kanan JPSM, Justina Lojuti.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular