HomeUtamaSabah, Kuala Lumpur catat individu paling tinggi alami gangguan mental

Sabah, Kuala Lumpur catat individu paling tinggi alami gangguan mental

Read Time:1 Minute, 19 Second

Beaufort : Sabah mencatat jumlah individu paling tinggi mengalami gangguan mental dengan jumlah 42.9 peratus diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah 39.8 peratus.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, faktor utama mengundang kepada masalah  gangguan mental adalah tekanan yang berpunca dari pelbagai faktor.

“Antaranya adalah isu kewangan, perceraian, bebanan tugas kerja, penyalahgunaan dadah dan lain-lain lagi.

“Berikutan itu, pemerkasaan terhadap program-program yang dapat mengurangkan tekanan masyarakat khususnya kakitangan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah amatlah dialu-alukan kerana ia bukan sahaja dapat memastikan Kesihatan mental kakitangan pada tahap yang baik malah ia secara tidak langsung dapat memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah efisyen dan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Pemantapan Kerja Berpasukan JPKA Sabah 2024 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

James berkata, Langkah JPKA Sabah dalam penganjuran program kali ini adalah sangat bertepatan dengan tuntutan semasa masyarakat Malaysia yang berdepan dengan pelbagai tekanan dan cabaran pada masa kini.

Beliau turut berharap agar JPKA Sabah dan Pihak MAKSUR dapat merangka satu modul khusus yang berorientasikan riadah bagi memperbanyakkan program-program yang mampu mengurangkan     kadar     tekanan     di     tempat     kerja.

“Kesimpulannya, apabila seseorang kakitangan itu sihat dari aspek kesihatan mental, maka komunikasi dan personaliti individu tersebut akan turut  menjadi positif.

“Apabila kedua-dua elemen ini positif pula, ia akan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni yang menggalakkan perpaduan dalam sesebuah organisasi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular