HomeIsu tempatanSabah rekod 305 kes kebakaran terbuka

Sabah rekod 305 kes kebakaran terbuka

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 305 kes kebakaran terbuka bermula 1 Januari sehingga 22 Februari tahun ini.

Pengarah JBPM Sabah Abdul Razak Muda berkata, jumlah yang direkodkan itu adalah membabitkan kebakaran kebun, ladang, hutan, belukar, dan lalang di seluruh Sabah.

“Kes kebakaran melibatkan belukar dan lalang merekodkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 229 kes, dimana dari jumlah itu sebanyak 189 kes direkodkan pada bulan ini dan selebihnya direkodkan pada bulan lalu.

“Manakala bagi kebakaran hutan, ia merupakan jumlah kedua tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 102 kes masing-masing 75 kes pada bulan ini dan 27 kes pada bulan lalu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Abdul Razak berkata, bagi kebakaran melibatkan belukar dan ladang, ianya merekodkan sebanyak 22 kes.

Katanya, dari jumlah itu, sebanyak 13 kes direkodkan pada bulan ini dan sembilan lagi pada tahun lalu.

“Kebakaran ini berlaku adalah berpunca daripada kepanasan yang melampau dan kemarau selain pembakaran hutan yang di sengajakan untuk pembersihan kebun (pembukaan kawasan).

“Justeru saya meminta orang awam agar tidak memulakan aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi penyebab kepada kebakaran seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran sekiranya mengesan kebakaran di kawasan terbuka. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular