HomeIsu tempatan5 lensa pandu UMS teraju kecemerlangan universiti

5 lensa pandu UMS teraju kecemerlangan universiti

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) memfokuskan kepada lima lensa yang akan membantu universiti itu terus meneraju kecemerlangan dalam memenuhi visi dan misi penubuhannya.

Lima lensa tersebut ialah penyediaan bakat; pengukuhan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan; pemindahan dan perkongsian ilmu; pengantarabangsaan serta pemantapan ekosistem pemboleh daya.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, perspektif penyediaan bakat UMS melibatkan dua aktiviti utama iaitu program akademik berkelas dunia dan pembangunan kemenjadian mahasiswa.

“Bagi lensa kedua, sepuluh aktiviti pengukuhan akan dilaksanakan untuk memacu kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan; antaranya pewujudan sepuluh living labs, memperbanyak kecemerlangan penerbitan dan pemerkasaaan Kluster Penyelidikan.

“Seterusnya lensa tiga iaitu pemindahan dan perkongsian ilmu. UMS mempunyai tanggungjawab besar untuk memberdayakan komuniti dan industri melalui program pemindahan dan perkongsian ilmu.

“Ini merupakan nilai tambah penting kerana hasil penyelidikan dan keilmuan yang dijana dipulangkan semula dalam bentuk yang membawa manfaat kepada masyarakat dan industi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor UMS Tahun 2024 kepada seluruh warga UMS, di sini.

Tambah Kasim, bagi lensa keempat iaitu Pengantarabangsaan, ia menumpukan kepada strategi meningkatkan daya saing global universiti, pengukuhan perkongsian dengan institusi antarabangsa serta mengembang program mobiliti pelajar.

“Lensa kelima dan terakhir adalah berkaitan Ekosistem Pemboleh Daya yang merujuk kepada mekanisme atau elemen suportif yang menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan dalam pencapaian matlamat universiti.

“Dalam konteks UMS, ini merangkumi agenda kelestarian kewangan, kecekapan tadbir urus dan penyampaian, pemantapan teknologi digital dan kampus lestari,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, sebuah buku mewah bertajuk Kembara Antartika Pengalaman melalui Penyelidikan turut dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan UMS tahun ini.

Ia merupakan kisah kembara di Antartika oleh penyelidik UMS Profesor Dr. Justin Sentian yang menjalankan kajian berkaitan perubahan iklim bertajuk “Variasi Ozon Troposfera dan Halokarbon di Semenanjung Antartika dalam Keadaan Cuaca Melampau” dan telah berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR). – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya