HomePendapatMRSM Tertinggi Di Malaysia Terletak Di Sabah

MRSM Tertinggi Di Malaysia Terletak Di Sabah

Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh Muda Muhammad

Maktab Rendah Sains Mara, MRSM Ranau adalah yang MRSM yang ke-57 dalam senarai MRSM yang ada di negara ini. MRSM ini diiktiraf sebagai MRSM yang paling tinggi di Malaysia kerana berada pada ketinggian 721 meter daripada aras laut.

MRSM Ranau ini  mula dibina pada penghujung 2018 dengan pembiayaan daripada PETRONAS. Ianya terletak di kaki Gunung Kinabalu dan 122 kilometer dari Kota Kinabalu dengan perjalanan mengambil masa lebih dua jam untuk sampai ke MRSM ini.

MRSM Ranau berada diketinggian 721 meter daripada aras laut – FOTO PETRONAS

Tingginya adalah 721 meter daripada aras laut, penuh berkabus di waktu pagi. Mempunyai keluasan lantai melebihi 26,000 meter persegi, kampus MRSM Ranau mempunyai kapasiti untuk menampung 450 orang pelajar. Ianya akan beroperasi pada Mac ini dengan pengambil pelajar awal seramai 180 orang.

MRSM Ranau ini lebih fokus kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). 180 orang pelajar yang baru masuk adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Biarpun akan beroperasi sepenuhnya pada 11 Mac 2024 nanti, barisan tenaga pengajar dan staff di MRSM Ranau sudah memulakan operasi mereka bagi menerima kemasukan pelajar nanti. Gambar di atas diambil daripada Facebook MRSM Ranau yang menampilkan barisan staff dan guru di MRSM tersebut.

Dalam laman media sosial “MRSM Ranau” itu juga pemohon yang berada dalam senarai menunggu juga boleh menyemak status permohonan mereka untuk masuk ke MRSM Ranau. Malah satu group Telegram juga telah dibuka untuk ibu bapa pelajar-pelajar yang akan memasuki MRSM Ranau.

Bilik kuliah MRSM Ranau – FOTO PETRONAS

MRSM Ranau memaklumkan juga persediaan dan barang-barang kelengkapan yang diperlukan untuk kemasukan pelajar ke MRSM Ranau pada 11 Mac 2024 nanti. “Sekiranya ada ibu bapa/ penjaga yang mempunyai sebab yang munasabah tidak dapat hadir mendaftarkan anak/jagaan  pada tarikh seperti dalam surat tawaran, Tuan/Puan dikehendaki membuat surat permohonan lewat daftar (nyatakan tarikh utk daftar) kepada Pengetua MRSM Ranau untuk pertimbangan kelulusan” menurut satu makluman yang dibuat oleh MRSM Ranau.

Surau MRSM Ranau – FOTO PETRONAS

Sudah ada sekolah yang datang membuat lawatan ke MRSM Ranau, pada 26 Januari 2024, satu program lawatan ilmiah perkongsian pintar daripada SK Saint Edmund (M) Kota Belud telah diadakan. Seramai 30 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring hadir ke MRSM Ranau dan ini merupakan sekolah pertama yang membuat lawatan ke MRSM Ranau.

Taklimat lawatan kepada SK Saint Edmud (M) Kota Belud di MRSM Ranau pada 26 Januari 2024.

MRSM Ranau akan menjadi ikon baru pendidikan di negeri Sabah. Sudah pasti dengan adanya MRSM Ranau ini akan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat setempat yang akan menerima limpahan daripadanya. Tahniah Kerajaan Negeri Sabah kerana berjaya merealisasikan satu MRSM yang berkualiti, ikonik dan paling tinggi di Malaysia untuk rakyat negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular