HomeUtamaPemandu, penumpang terselamat, brek tidak berfungsi, kereta terbabas

Pemandu, penumpang terselamat, brek tidak berfungsi, kereta terbabas

Read Time:1 Minute, 7 Second

PAPAR: Seorang remaja lelaki yang membawa seorang penumpang nyaris maut apabila kenderaan Perodua Myvi yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di Kilometer 37, Jalan Kimanis – Keningau pada Sabtu (24 Feb).

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu , pemandu berusia 17 tahun memandu kenderaan Perodua Myvi bersama seorang penumpang wanita berusia 24 tahun, dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu dan apabila sampai di tempat kejadian, semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek keretanya tidak berfungsi sehingga menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu dan penumpang itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Sehubungan dengan itu Kamaruddin menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya berhati-hati terutama apabila melalui jalan berbukit terutama di Jalan Kimanis-Keningau.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa keadaan brek kenderaan dan selenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut. İni disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan sememangnya lokasi yang kerap berlakunya kemalangan jalanraya.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Semalam, paparan video berdurasi 29 saat mengenai kejadian kemalangan tersebut tular di media sosial menerusi laman Facebook Video DashCam Sabah ILLS.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular