HomeSukanNurelfira Raih Emas Dipentas Antarabangsa

Nurelfira Raih Emas Dipentas Antarabangsa

Read Time:2 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Pelari muda dari Sabah, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf,13, berjaya meraih pingat emas dalam acara 80 meter lari berpagar wanita bawah 14 tahun yang berlangsung di WA Athletics Stadium Perth Australia petang tadi.

Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Tawau itu berjaya mencatat masa larian 13.10 saat dan turut berkongsi pingat dengan pelari Australia, Zoe Daby yang dibezakan hanya beberapa saat iaitu 13.11 saat pada ‘WA State Track & Field Championship 2024’.

Nurelfira Umaira Mohd Yusuf bersama pingat yang dimenangi

Selain meraih pingat emas, Nurelfira turut berjaya meraih pingat perak menerusi acara 200 meter lari berpagar bawah 14 tahun yang berlangsung semalam dengan catatan masa 29.93 saat dan turut berkongsi pingat pelari Australia Aleeah Pike.

Ketua Jurulatih Dzulfikar Awang Anak berkata, tiada yang mustahil untuk meraih kejayaan selain mampu melakar nama di peringkat antarabangsa.

“Semua ini sebab boleh, kita mesti boleh bawa balik pingat dan semua ini tiada yang mustahil.  Syukur kita berjaya meraih pingat emas dalam acara 80 meter lari berpagar bawah 14 tahun.

“Dari segi latihan, kita mengadakan latihan sepanjang tahun di SK Pasir Putih Tawau dan Stadium Tawau manakala latihan selama seminggu sebelum berlepas di Perth telah diadakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil daripada 10 hingga 18 Februari lalu.

“Nurelfira dilatih dibawah kendalian coach Karim Batjo bersama saya sendiri, syukur ini adalah kejayaan yang membanggakan,” katanya ketika di hubungi Sabah Media di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai Sarifuddin Hata dan Majlis Sukan Negara (MSN) Sabah atas bantuan dan sumbangan secara langsung dan tidak langsung.

Dzulfikar berkata, selepas ini pihaknya mensasarkan untuk menyertai ‘Little Athletics Championships’ pada Julai depan dimana Malaysia akan menjadi tuan rumah.

Selain Nurelfira, dua lagi atlet Sabah turut sama menyertai kejohanan itu antaranya Mohammad Syahzwan Willian,14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut dan Randy Ryann Samson,14, dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS).

Mohammad Syahzwan dan Randy turut berjaya membawa pulang pingat emas masing-masing menerusi acara lontar peluru lelaki bawah 15 tahun dan lompat kijang lelaki bawah 15 tahun.

Randy Ryann Samson turut membawa pulang satu emas satu perak

Selain itu, kedua-dua atlet itu juga turut membawa pulang pingat perak masing-masing menerusi acara lempar cakera bawah 15 tahun dan lompat jauh bawah 15 tahun.

Mohammad Syahzwan Willian turut membawa pulang satu pingat emas dan satu perak

Semalam, video larian  Nurelfira menerusi acara 200 meter lari berpagar bawah 14 tahun tular di media sosial selain mendapat ucapan tahniah pelbagai pihak atas kejayaan meraih pingat di pentas antarabangsa selain mengharumkan nama Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO JURULATIH NURELFIRA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular