HomeUtamaPemimpin akar umbi digesa bantu Kerajaan kenal pasti rakyat memerlukan bantuan

Pemimpin akar umbi digesa bantu Kerajaan kenal pasti rakyat memerlukan bantuan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Beaufort : Pemimpin akar umbi diminta untuk sentiasa memberi kerjasama kepada agensi kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah bagi mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, kerjasama itu juga perlu khususnya ketika menghadpai musibah atau bencana yang sentiasa berlaku.

“Kita juga mengharapkan agar para pemimpin khususnya di akar umbi dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan terutama sekali di JPKA khususnya dalam menghadapi musibah atau bencana yang sentiasa berlaku.

“Maknanya dengan adanya kerjasama ini, kita yakin pihak JPKA sudah tentu dapat menjalankan tugas dengan mudah dan tentunya kita harapkan supaya semua peringkat kepimpinan dapat memberi kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Pemantapan Kerja Berpasukan JPKA Sabah 2024 di sini kelmarin.

Ruslan berkata, pemimpin akar umbi juga diminta untuk mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari JPKA sebaik mungkin.

“Kita difahamkan bahawa JPKA pada hari ini telah pun menyediakan katil dan kerusi roda dan ini semua perlu kita santuni rakyat kita yang sangat-sangat memerlukan perkhidmatan tersebut.

“Ini juga adalah sejajar dengan usaha gagasan Kerajaan Negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang mahu meningkatkan mutu perkhidmatan yang baik kepada rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular