HomeUtamaFTBC Pitas terima pengiktirafan dunia

FTBC Pitas terima pengiktirafan dunia

Read Time:1 Minute, 42 Second

Pitas : Festival Tahun Baru Cina (FTBC) daerah Pitas 2024 berjaya diiktiraf dalam WorldKings Book Of Records sebagai penganjuran sambutan perayaan tahun baru cina paling lama di dunia iaitu selama 16 hari.

FTBC yang diadakan bermula 9 hingga 24 Februari lalu itu merupakan pengiktirafan ketiga selepas The Malaysia Book Of Records (2016) dan Asia Book Of Records (2019).

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Dr. Ruddy Awah berkata, pengiktirafan ini merupakan kejayaan tertinggi hasil kerjasama semua kepimpinan juga masyarakat yang bersama-sama memeriahkan festival tersebut.

“Festival ini menjadi detik yang bersejarah apabila kita berjaya mencipta rekod dunia sebagai perayaan terpanjang sambutan Tahun Baru Cina, ini adalah hasil dari usaha dan penglibatan seluruh masyarakat bukan sahaja di Pitas tetapi keseluruhan negeri ini. 

“Saya berharap agar pengiktirafan ini dapat dirasai oleh semua masyarakat kerana ini bukanlah untuk Kg Salimpodon Laut dan Daerah Pitas sahaja tetapi untuk negeri Sabah dan Malaysia yang mewakili asia ke peringkat dunia. 

“Saya juga difahamkan, kehadiran masyarakat yang memeriahkan festival ini mencapai 50 ribu orang yang seterusnya menjana ekonomi peniaga-peniaga kecil, saya jangkakan urusan jual beli mencapai RM 5 juta lebih sepanjang festival, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penutupan Festival tersebut yang disempurnakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun di Dataran Salimpodon di sini kelmarin.

Sijil pengiktirafan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Book Of Records Racha Sharma dan disaksikan Masidi.

Sepanjang FTBC 2024 berlangsung pelbagai acara telah dijalankan antaranya Ratu Tahun Baru Cina, pertandingan sukan.

Selain itu, turut diadakan beberapa acara yang berjaya diiktiraf dalam Asia Book Of Records iaitu persembahan silat paling ramai, persembahan muzik dan tarian pinakang kimaragang selama lima jam tanpa henti dan masakan Pansoh terpanjang. 

Terdahulu, Masidi dalam ucapannya berkata, penganjuran dan pengiktirafan tersebut merupakan satu platform terbaik memartabatkan nama daerah Pitas dan dikenali dipersada antarabangsa walaupun dikenalpasti antara daerah termiskin di Sabah. 

Justeru beliau berharap rakyat di daerah Pitas sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pegawai daerah dan wakil rakyat di kawasan tersebut agar dapat membangunkan dan seterusnya menjadi salah satu daerah yang berjaya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular