HomeUtamaLanggar bahu tidak diendah, pekerja kilang cedera ditumbuk

Langgar bahu tidak diendah, pekerja kilang cedera ditumbuk

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Gara-gara melanggar bahu tidak diendah, seorang pekerja lelaki tempatan cedera ringan kedua belah lututnya selepas ditumbuk oleh pekerja warga China di salah sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,
Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu (mangsa) pada jam 10.22 malam Isnin (26 Feb) mengenai kejadian tersebut.

Katanya, pada jam lebih kurang 5.30 petang, bertempat di salah sebuah kilang di KKIP Timur, pengadu telah ditumbuk oleh seorang suspek lelaki warganegara China, kemudian berlaku pergaduhan diantara mereka.

“Dalam pergaduhan itu pengadu mengalami kecederaan ringan di kedua-dua lutut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, pergaduhan membabitkan pekerja kilang itu dipercayai berpunca daripada seorang pekerja China yang didakwa melanggar bahu seorang lagi pekerja tempatan ketika pekerja berbaris untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari (thumbprint) selepas tamat masa bekerja.

“Salah seorang suspek warga China melanggar bahu seorang pekerja
tempatan namun ia tidak langsung diendahkan.

“Seorang lagi pekerja warga China tiba-tiba menjerit dan menunding jari ke arah pekerja tempatan terbabit sebelum mengajaknya keluar untuk bergaduh di luar kawasan kilang sambil memegang sebatang kayu sebagai senjata.

“Walau bagaimanapun pekerja tempatan terbabit sekali lagi tidak
mengendahkan ajakan pekerja asing berkenaan namun sebaik berada
di luar kilang, mangsa tiba-tiba ditumbuk dari belakang kejadian menyebabkan pergelutan sebelum keadaan bertukar menjadi
huru-hara apabila ia disertai lebih ramai individu daripada kedua-dua
belah pihak,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mohd Zaidi berkata, pergaduhan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan serta para pekerja kilang lain.

“Kesemua suspek berjaya ditahan pada jam 3.30 pagi.

“Tangkapan membabitkan empat lelaki tempatan dan lima warga asing untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular