HomeUtamaLebih 200 isi rumah di Kiulu alami masalah bekalan air kritikal

Lebih 200 isi rumah di Kiulu alami masalah bekalan air kritikal

Read Time:1 Minute, 23 Second

KIULU: Lebih 200 isi rumah di tujuh buah kampung dianggarkan di kawasan ini mengalami masalah bekalan air yang kritikal.

Gangguan bekalan air di Kiulu disebabkan kemarau yang berpanjangan yang menyebabkan bekalan air penduduk kampung tinggal sedikit atau kering. Penduduk kampung terpaksa bergantung dengan air graviti.

Antara kampung yang dikenal pasti terjejas akibat kekurangan bekalan air itu adalah Bungoliu, Tomis Baru, Kelawat, Simpangan Lama, Balabakan, Tomis Mangi Pangi dan Bongol.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, sehari suntuk melawat kampung-kampung tersebut pada Selasa, bagi meninjau keadaan semasa.

Dalam lawatan turun padang itu, beliau bertemu dengan penduduk kampung bagi mendengar pandangan mereka serta membincangkan langkah-langkah penyelesaian jangka masa pendek dan panjang yang perlu diambil.

“Saya memandang serius keadaan gangguan air berlarutan yang telah mendatangkan kebimbangan di kalangan penduduk kampung.

“Antara cadangan penyelesaian sementara yang telah dikenalpasti ialah menyediakan tangki-tangki air untuk menyimpan stok air di setiap kampung yang terjejas.

“Manakala untuk jangka masa panjang, cadangan adalah untuk menggunakan pam air dari sumber air yang lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau turut menekankan Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) telah menghantar laporan mengenai keadaan tersebut kepada Jawatankuasa Bencana Daerah Tuaran melalui Pejabat Daerah Kecil Kiulu.

“Tindakan segera diperlukan untuk menangani masalah air yang semakin kritikal ini,” kata Joniston.

Joniston juga meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat untuk memberikan laporan mengenai cadangan penyelesaian sementara bagi mengatasi masalah air di kampung masing-masing.

“Langkah-langkah ini diharapkan dapat memberikan bantuan yang diperlukan kepada penduduk kampung yang terjejas.

“Kami akan terus memantau perkembangan mengenai usaha-usaha penyelesaian masalah air ini dan memberikan maklumat terkini kepada penduduk kampung,” ujar beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular